Selasa, 13 April 2010

Ingatan Bagi Si Pelupa

Kehormatan Penghalang manusia Berbuat Kejahatan


KITA tidak boleh takbur dan mencari nama, tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi sendiri. Gila hormat tidak boleh. Tetapi menjadi orang yang terhormat, haruslah menjadi tujuan hidup.


Lantaran jasa baik dan budi yang tinggi, kita harus beroleh kehormatan daripada sesama manusia. Kehormatan serta pandangan orang kepada kita dapat mendorong hati berusaha membuat yang lebih indah dan bagus.

Bagaimanapun, apabila kita melangkah dan berhasil, akan ada saja orang yang dengki. Ada yang sayang dan tidak kurang membenci. Orang yang benci itu, kerana mengakui kemuliaan dan kehormatan yang kita peroleh serta berusaha menghilangkan rasa hormat itu.

Oleh itu, digalakkan untuk sentiasa berusaha meningkatkan budi pekerti tinggi. Kehalusan dan ketinggian budi pekerti akan membuat lebih ramai orang sayang, begitu juga yang bakal membenci kerana iri hati.

Pepatah Arab berbunyi:

“Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.”

Lantaran menjaga kehormatan dan serangan yang bertubi-tubi timbullah perjuangan sengit, mempertahankan kehormatan sambil menjaga budi pekerti. Perjuangan itu sulit dan hebat, tetapi jika tidak diteruskan, kita akan menyesal kerana bahagia akan terasa dalam dalam perjuangan tadi.



Sumber: Tasawuf Moden oleh Prof Dr Hamka


Read more...

Selasa, 23 Mac 2010

SEPAKAN PENALTI

Bola dah dekat kaki
pe lagi? SEPAK lah...
kawan2 semua dah bagi kepercayaan
cuma tunggu TINDAKAN je
cepat.....
wisel pengadil dah tiup tu...
jangan tunggu lagi
SEPAK je...
semua TEKNIK dah belajar
mana2 penjuru dan sudut pun boleh pilih
janji SEPAK dulu
MASUK tu fikir kemudian

CEPAT....
nanti kalau LAMBAT,
pengadil bagi kad merah tau
ha..... jangan MAIN2
garang pengadil tu..

semua PENYOKONG tengah tunggu ni
mak, abang,tang, andok, kakde,ateh,
anak2, cekgu jas,cekgu mizol, cekgu fariza
ustat azhar, ustat akhi, ustat samsuri
sir sardi... semua menunggu ni...
semua bedebar2 tunggu SEPAKAN PENALTI ni..
:-)

dah JANGAN FIKIR lagi
SEPAK CEPAT...
TARGET betul2..
kat depan tu cuma keeper yang TAK CEKAP langsung
YAKIN je.........
tapi DOA dulu ambik berkat
mintak tolong dengan ALLAH

eh!!!!!
tengok kat atas tu..
ada BANNER besar...
"GUD KICK, GUD LUCK"
weh.... saper yang bawak BANNER tu...
macam penyokong setia tu hehehe
la..... cekgu LAN...........
hah! CEPAT!
dia dah SORAK tu...

DUSY!!!!!!!!!!!!!!
yes!
ha kan dah sepak...
aik! mana bola?
bunyi macam dah sepak?
jap... nak cari bola jap ye...




YA ALLAH.....
bunyi DUSYY tu rupanya....
kepala dia jatuh atas BANTAL.....
hahahahahaha
kelakor2x
BANGUN CEPAT!
ada masa lagi ni....
SEMOGA BERJAYA
:-)

Rabu, 10 Mac 2010

peristiwa SUP SEMALAM

kesian sunggu pada SUP SEMALAM...
SUP SEMALAM.....
mesti la basi, busuk...
saper lagi nak usik...... makan.......
senang-senang je dibuang orang...
longkang lah martabatnya terbaiknya

SUP...
SEMALAM panas2 lagi
berebut orang nak jamah
bahkan ada yang x segan2 nak hirup
hahahaha kelakor pulak bila tengok2

SEMALAM...
SUP tu cukup menaikkan selera
baunya cukup best pada yang gemar
panas lagi... mesti la best...:-)
tapi bila dah lama... SUP pun sejuk
bau pun dah tak menarik...
orang pun tak sedar yang SUP tu ada kat dapur
yang gemar pun boleh lupa akan adanya SUP tu

kesian SUP SEMALAM

kalau rajin dipanaskan...
tak lah jadi macam tu
kata pakar2 SUP, lagi dipanaskan lagi lah sedap..
ye ke...? :-)
tapi rajin ke orang nak panaskan selalu...
nak jengok pun ke dapur pun payah
tapi bila ada orang lain yang tolong panaskan
mulalah nak mengusung mangkuk plastik oren ke muka periuk
bibir moncong 5 inci kepala ketar setiap kali menghirup SUP

ish ish ish.....

ape lah nasib SUP ni..
SEMALAM nak buang sayang
masih boleh makan
takut orang kata membazir nikmat ALLAH
nak panaskan!!!!...mintak maaf lah...
bukan kerja aku
ha.... hari ni dah basi... busuk... muka berkuping-kuping putih
saper yang nak....????
apa lagi.........
BUANG...............!!!!!!!!!!
dengan segala hormatnya KAU ke longkang

nasib KAU lah SUP....

makcik sorang tu kata
"hari-hari makan SUP"
hai.... macam puas je bunyi nyer makcik ni!
ye lah kot...
mungkin dah jemu...
sesekali nak jugak yang rasa yang lain
mungkin nikmat SUP ni akan terserlah
bila dia cuba makan lain...
dia akan kembali rindu pada SUP
yang selama ini menjadi kegemaran makcik ni
apa lagi nak kata....
itu lah manusia...
SUP SEMALAM jugak yang jadi mangsa

Selasa, 9 Februari 2010

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna

Assalamualaikum kepada rakan2 dan teman2. Kali ini saya nak mengajak semua untuk sama2 kita muhasabah akan pesanan dan ingatan dari Imam Hassan al-Banna. Masa sangat mencemburui saya ketika ini ^_^.. xsempat nak update hari2, tapi insyaAllah lepas ni ada dah yang sudi 'bantu' =)..alhamdulillah. Sama2lah kita mengambil seberapa banyak manfaat dalam blog yang x seberapa ini. Moga ada manfaatnya buat ad-Deen...




.::Wasiat Imam Hassan al-Banna::.


1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaann.


Read more...

Jumaat, 5 Februari 2010

Surat Dari Iblis..Untuk Renunangan dan Iktibar..

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun

http://mutiarahatianaksoleh.blogspot.com